Assalamualaikum
adikku =)
Akak sayangkan kamu kerana Allah s.w.t. tapi sesungguhnya sayang
Allah terhadap kamu lebih dari akak sayang pada kamu, lebih dari mak dan ayah
sayangkan kamu, lebih dari semua kasih manusia yang ada di bumi ini kepada
kamu. Pernah satu ketika, seorang ibu kehilangan anak bayi nya. Dia
mencari-cari anaknya. Apabila sudah di jumpai, ibu ini terus menyusukan
anaknya. Jika ibu ini disuruh mencampakkan bayi nya dalam api, pasti dia tidak
sanggup. Ketahuilah adikku, Allah lebih tak sanggup nak campakkan hambaNya ke
dalam api neraka. Allah sangat sayangkan kita. Tengoklah nikmat Allah yang
banyak untuk kita. Makan minum cukup, rumah kereta ada, nikmat anggota badan,
nikmat bernafas dan segala2nya. Kenapa kita tak hadirkan rasa kasih dan sayang
kita buat sang Pencipta. Allah yang ciptakan kita. Adik masih belum terlambat
untuk kita berubah. Kita hidup tak lama. Kitatak tau bila hidup dan mati kita. Tengoklah
berapa ramai orang yang ada dikeliling kita meninggalkan kita bertemu dengan
Allah. Usia bukan penentuan kematian kita. Ada yang muda jua turut mati. Sakit bukan
penentu mati kita, ada yang sihat jua meninggal. Syarat mati adalah setiap
benda yang hidup dan bernyawa akan mati.
Dirikan solat, sesungguhnya setiap apa yang Allah suruh ada
hikmahnya. Dosa meninggalkan solat secara sengaja adalah dosa paling besar. Lebih
besar dari dosa besar berzina 1000 kali. Sambutlah huluran tangan akak, jom
sama-sama kita perbaiki diri kita. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat.
Allah sangat rindukan suaraMu. Rintihan tangis seorang hamba. Janganlah kita
terlampau ego. Kita bukan sapa2 di dunia ini. Kita hanyalah hambaNya yang hina
dan lemah. Allah lebih kenal kita dari diri kita sendiri. Jika hati kita tak
mampu menangis mengingati Allah, bacalah al-quran, jika hati kita masih tak mampu
mengingati Allah, solat ah berkata-kata dengan Allah, ingatlah kematian, jika tak mohonlah Allah gantikan kita dengan
hati yang baru.
Hari ini, kita belajar perkara paling asas ya. Tentang
wuduk, agar kita dapat bersihkan diri kdan jiwa kita. Akak sediakan panerangan
hikmah kita disuruh berwuduk agar diriMu lebih yakin kepada Allah s.w.t.
Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam
perlu berwuduksebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihandan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia
mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.
mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.
Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden
yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: “Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh,antaranya yang disebabkan jimak.” Justeru, wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentuyang dikenali sebagai ‘Kawasan Aktif Biologi’.
Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah
ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.
Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui iamenyihatkan kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah! Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.
Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika
hendak menunaikan solat atau ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk membina jiwa yang suci.
Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan
marah seseorang pasti menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun, apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan mesti membasahi muka.
Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: “Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka
berubatlah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.
berubatlah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.
Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid
menjadi sangat hairan apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, “Mengapakah tiba-tiba sahaja matamu menjadi baik? Jawab Junaid: “Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan mataku.’ Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: “Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya.” Dengan
berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia.” “Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia.” “Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).