Relaxing Music ( Instrumental Piano )

Sunday 29 July 2012

WARKAH UNTUK ADIK-ADIKKU=)


Assalamualaikum adikku =)

Akak sayangkan kamu kerana Allah s.w.t. tapi sesungguhnya sayang Allah terhadap kamu lebih dari akak sayang pada kamu, lebih dari mak dan ayah sayangkan kamu, lebih dari semua kasih manusia yang ada di bumi ini kepada kamu. Pernah satu ketika, seorang ibu kehilangan anak bayi nya. Dia mencari-cari anaknya. Apabila sudah di jumpai, ibu ini terus menyusukan anaknya. Jika ibu ini disuruh mencampakkan bayi nya dalam api, pasti dia tidak sanggup. Ketahuilah adikku, Allah lebih tak sanggup nak campakkan hambaNya ke dalam api neraka. Allah sangat sayangkan kita. Tengoklah nikmat Allah yang banyak untuk kita. Makan minum cukup, rumah kereta ada, nikmat anggota badan, nikmat bernafas dan segala2nya. Kenapa kita tak hadirkan rasa kasih dan sayang kita buat sang Pencipta. Allah yang ciptakan kita. Adik masih belum terlambat untuk kita berubah. Kita hidup tak lama. Kitatak tau bila hidup dan mati kita. Tengoklah berapa ramai orang yang ada dikeliling kita meninggalkan kita bertemu dengan Allah. Usia bukan penentuan kematian kita. Ada yang muda jua turut mati. Sakit bukan penentu mati kita, ada yang sihat jua meninggal. Syarat mati adalah setiap benda yang hidup dan bernyawa akan mati.
Dirikan solat, sesungguhnya setiap apa yang Allah suruh ada hikmahnya. Dosa meninggalkan solat secara sengaja adalah dosa paling besar. Lebih besar dari dosa besar berzina 1000 kali. Sambutlah huluran tangan akak, jom sama-sama kita perbaiki diri kita. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat. Allah sangat rindukan suaraMu. Rintihan tangis seorang hamba. Janganlah kita terlampau ego. Kita bukan sapa2 di dunia ini. Kita hanyalah hambaNya yang hina dan lemah. Allah lebih kenal kita dari diri kita sendiri. Jika hati kita tak mampu menangis mengingati Allah, bacalah al-quran, jika hati kita masih tak mampu mengingati Allah, solat ah berkata-kata dengan Allah, ingatlah kematian,  jika tak mohonlah Allah gantikan kita dengan hati yang baru.


Hari ini, kita belajar perkara paling asas ya. Tentang wuduk, agar kita dapat bersihkan diri kdan jiwa kita. Akak sediakan panerangan hikmah kita disuruh berwuduk agar diriMu lebih yakin kepada Allah s.w.t.

Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu  berwuduksebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihandan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia
mengandungi  hikmah lain yang memberi makna mendalam.

Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah  kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: “Mandi dan  wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan  sebarang kekotoran yang diperoleh,antaranya yang disebabkan jimak.” Justeru,  wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata  pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk  dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentuyang dikenali sebagai ‘Kawasan Aktif Biologi’.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf  dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan  seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika  berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ  lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita  membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi  memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.

Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui iamenyihatkan  kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah!  Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam  manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan  kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.

Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau  ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk  membina jiwa yang suci.

Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti  menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat  berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun,  apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu  hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan  seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian  menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak  keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat  bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan mesti membasahi muka.

Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu  pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: “Allah tidak akan  menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka
berubatlah.” (Hadis riwayat  Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian  selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya  sembuh.

Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan  apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah  begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, “Mengapakah tiba-tiba sahaja  matamu menjadi baik? Jawab Junaid: “Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan  mataku.’ Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk  Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: “Itu adalah ubat dari  Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia  jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya.” Dengan
berkat  berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit.  Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada  manusia.” “Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan  bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan  basuhan wuduknya, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



No comments:

Post a Comment