FIRST DAY, FIRST JOURNEY
Alhamdullillah
aku bersyukur pada yang Maha Esa, kerana dengan perancangannya yang Terbaikkk
aku dapat berpraktikal bersama sahabatku Rabiatul Adawiyah. Kehadirannya dalam
hidupku amat bermakna. Aku dapat belajar banyak benda darinya. Terima kasih
Allah, Engkau pinjamkan dia padaku. insyaAllah aku akan memaafkan setiap detik
waktu kami bersama. Moga diri ini akan lebih dekat dengan diriMu. Terima kasih
jua buat sahabatku Hafsah Omar kata-kata mu sentiasa terngiang-ngiang di cuping
telingaku,” kila, kita yang kena buat praktikal kita jadi bahagia, bermafaat,
seronok meskipun banyak rintangan. Tapi mafaatkan masa, jangan biarkan masa itu
berlalu bergitu sahaja. Terima kasih jua buat Nabilah Azman “ kila jangan fikir
ia payah dan susah. Cakap ia senang dan mudah”. Terima kasih buat adikku Adibah
Abdi, atas pemberian bukumu “ Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu”
sebagai peneman akak sewaktu berpraktikal. InsyaAllah akak akan habiskannya.
Dan terima kasih jua wat semua ahli keluarga, sahabat2, adik2 dan kakak2 yang
turut memberikan semangat dan kata2 peransang untuk aku terus tabah menghadapi
kehidupan ini.
Sepanjang
sehari berpraktikal, aku dan Adawiyah di tempatkan di pejabat . Hati terasa
sedih pada mulanya kerana tak turun ke kawasan binaan. Tapi cepat-cepat ku
tepis fikiran negatif itu. Ku pujuk hati sahabatku jua diri ku, di mana jua
kita di tempatkan, kita pasti dapat belajar ilmu yang baru. Dan ku sematkan
dalam diri, “bilamana Allah meletakkan kita di sesuatu keadaan, Allah nak kita
belajar dan jadikan ia sebagai bekalan untuk bergerak dan berhadapan dengan
dunia luar. Hari ini aku dapat belajar kewangan, PO, DO, INVOICE, procedure tender
n dokumen yang diperlu untuk beli tender.
Luas ilmu Allah. Bilamana kita memudahkan kerja orang lain, Allah akan
permudahkan kerja kita. Alhamdulillah bos hantar kami pulang. Sungguh terpesona
diri ini melihat bakat kepimpinan dan kematangan bos kecil syarikat aku meskipun
gadis itu sebaya aku. Aku boleh belajar darinya pelbagai perkara terutama
menguruskan kewangan syarikat. Syarikat yang dikelola oleh orang islam sendiri,
hebat sungguh jatuh bangun syarikat di bawah tanggungjawab mereka. Sebanyak 22
anak syarikat dibawah pantauan mereka.
Sesampai di
rumah, perut berbunyi-bunyi merayu untuk di isi. Aku katakan pada diriku, “
sabarlah, saudara mara mu di Palastein dan Syiria payah nak dapat sumber
makanan malahan berhadapan dengan kekejaman sehingga ada yang mati dengan
sangat tragis. Tapi Allah hanya uji ku dengan rasa lapar sahaja. Sabarlah.
Rasullullah pun pernah menahan lapar sehingga meletakkan batu bata di
perut”. Jiwa ku mampu ku tenangkan tapi
sekilas pandangan ku jatuh pada sahabatku. Hati merintih sayu, kesian melihat
sahabatku kelaparan. Dengan penuh keyakinan pada Allah, aku tadahkan tangan
memohon padaNya.” Ya Allah kurniakanlah sahabatku rezeki makan, sesungguhnya
dia sangat lapar”. Alhamdullillah sesungguhNya Allah itu sangat menyayangi ku
dn seluruh hambaNya. Seusai doaku, daun pintu bilikku diketuk, mak cik pemilik
rumah ku mempelawa kami makan bersamanya. Sungguh bahagia hati ini bila
pergantungan hidupku, ku serah pada Allah untuk mengaturkannya. Aku berusaha
semampu ku, dan selebihnya ku serahkan pada Pemilikku. Dia maha mengetahui
tentang hati ini.

Sahabat ku yang dicintai Allah dan Rasulullah..
ReplyDeleteSungguh, benar2 beruntung mereka yang sentiasa mencari kebaikan atas setiap urusannya.
moga terus kuat wahai anak sulong! ^_^
ini baru permulaan.. perjalanan kite di dunia sebagai musafir masih menanti saat diuji lagi.. mencedok ilmu disepanjang perjalanan..
ReplyDeleteKila kena kuat.. Allah sentiasa ada bersama hamba-hambaNya yang Solehah..
~May Allah be with you throught ur practical..~