Relaxing Music ( Instrumental Piano )

Tuesday 29 January 2013

KISAH SBUAH CINTA

Copy paste dari cite orang
Kisah ini kisah seseorang…
Ku ramas jari jemari, memohon Allah beri kekuatan untuk diri ini menyusuli hari-hari yang bakal ku tempuhi. Hanya Dia yang mengetahui segala takdir diri ini. Hanya Dia yang mengetahui betapa letihnya hati ini. Aku serahkan segala aturan kisah hidupku, warna warni cintaku, langit cerah, awan mendung hati ku mengharungi sebuah rasa cinta yang aku tidak pernah pinta. Hanya doa yang mampu aku panjatkan, otak, minda dan hatiku tak mampu lagi untuk memikirkan tentang dirinya. Alhamdulillah Allah masih memberikan sedikit kekuatan fizikal untuk aku terus bersemangat dalam melakukan gerak kerja islam. Terkadang hati ini risau, jahatkah hatiku mencintai seorang lelaki? Berdosakah aku? Adakah rasa cinta ini membuatkan aku lupa tentang Allah kekasih hakiki? Aku selalu berdoa moga cinta ini, tidak akan membuatkan aku lalai dalam mengingati Allah.
Tinggal 27 hari lagi untuk hati ini mencintainya. Diri ini letih mengejarnya. Ya Allah, tidak adakah langsung walau secebis hatinya untuk diriku? Aku diberikan tempoh masa sebulan untuk bersedia mencari calon yang sesuai untuk membina keluarga muslim denganku. Mampukah nanti hati ini melupai dirinya? Tidak adil jika datang seorang lelaki yang baik agamanya, soleh, dan sempurna melamarku, tapi hati ini masih di miliki oleh insan lain. Hanya doa yang mampu aku panjatkan pada Allah, jika benar dia jodohku, terbaik untuk urusan agamaku, duniaku, dan akhiratku, kau jodohkan dia untuk ku. Jika benar aku jodohnya, terbaik untuk urusan agamanya, dunianya dan akhiratnya, jodohkan aku untuknya. Moga Engkau satukan hati ini sebelum berakhir tempoh masa ini dan sebelum kehadiran insan lain dalam hidup ini.
Bagaimana untuk aku salahkan diriku kerana jatuh cinta pada dirinya? Dia hadir dalam mimpi isthikarah ku, saat aku menyukai orang lain. Sedangkan aku tidak terlalu mengenalinya. Namanya pun aku tertukar dengan nama sahabat baiknya. Ketika itu aku menafikan dia dalam mimpiku. Tapi bila hari-hari ku seterusnya sentiasa bersama dengannya.  Sentiasa ada dia dalam gerak kerja dakwah ku. Sentiasa ada dia takkala program-program majlis ilmu. Sentiasa ada dia membantuku melunaskan sebahagian tanggungjawabku dalam amanah jawatanku. Ada rasa cinta yang berputik di hati. Mungkin aku tertarik dengan agamanya. Tidak pernah mengeluh letih. Tidak pernah berdalih dan mencari alasan untuk membantu gerak kerja. Sentiasa ada membantuku. Ilmu dan kelebihan dirinya sangat istimewa buatku, jika sama2 dapat bergerak kerja menyebarkan dakwah islam di luar. Ku zahirkan rasa cinta ku pada dirinya. Hati ku punah bila mana, dia katakan ada insan istimewa di hatinya. Tidak elok diri ini menangis kerana mengingati lelaki. Ku capai Al-Quran pengubat setiap penyakit. Hatiku sangat sakit, aku jua insan biasa. Ku belik Al-Quran. Aku tanya pada diriku jua Allah, “ Ya Allah, perlukah aku tunggu insan dalam isthikarahku? Atau aku lepaskan dia pergi berlalu?” ku lihat jam di dinding jam 10.20 pagi. Ku lihat surah kesepuluh suah yunus ayat 20. katakanlah, ”sungguh, segala yang gaib itu hanya milik Allah; sebab itu tunggu (sajalah) olehmu. Ketahuilah aku jua menunggu bersamamu.” Aku yakin dengan kalam Allah. Ayat khas untukku untuk terus menunggu.
Menanti segala yang tidak pasti, sering mengundang pedih di hati. Ku belik lagi al-quran pada hari dan ketika yang lain. Ku lihat jam di dinding jam 6.59 petang. Menanti saat iftar di masjid. Ku lihat surah ke enam al-an’am ayat ke 59. Hebatnya Allah, kiriman kata-kata untuk ku sambungan untuk soalanku dan jawapanku sebelum ini. “ Dan kunci-kunci semua yang gaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula ssuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz).”
Pada ketika yang lain, Allah kirimkan bait-bait cinta yang buatkan air mataku jatuh berderai membasahi pipi. Hebatnya Dia mengetahui isi hati setiap hambanya. “bersabarlah sampai Allah menetapkan keputusan diantara kita. Sesungguhnya akulah hakim terbaik”. Banyak lagi ayatnya-ayatnya untukku. Kata Nya jangan ragu. Dia (Allah) tahu setiap rahsia hati hambanya. Ya Allah, berikan aku kesabaran dan kekuatan dalam menanti keajaibanMu. Moga-moga ada keberkatan dalam penantian ini. Moga ada yang terbaik untuk ku. Hanya redhamu yang aku cari Ya Allah.
      

No comments:

Post a Comment