Relaxing Music ( Instrumental Piano )

Tuesday 29 January 2013

KISAH SBUAH CINTA

Copy paste dari cite orang
Kisah ini kisah seseorang…
Ku ramas jari jemari, memohon Allah beri kekuatan untuk diri ini menyusuli hari-hari yang bakal ku tempuhi. Hanya Dia yang mengetahui segala takdir diri ini. Hanya Dia yang mengetahui betapa letihnya hati ini. Aku serahkan segala aturan kisah hidupku, warna warni cintaku, langit cerah, awan mendung hati ku mengharungi sebuah rasa cinta yang aku tidak pernah pinta. Hanya doa yang mampu aku panjatkan, otak, minda dan hatiku tak mampu lagi untuk memikirkan tentang dirinya. Alhamdulillah Allah masih memberikan sedikit kekuatan fizikal untuk aku terus bersemangat dalam melakukan gerak kerja islam. Terkadang hati ini risau, jahatkah hatiku mencintai seorang lelaki? Berdosakah aku? Adakah rasa cinta ini membuatkan aku lupa tentang Allah kekasih hakiki? Aku selalu berdoa moga cinta ini, tidak akan membuatkan aku lalai dalam mengingati Allah.
Tinggal 27 hari lagi untuk hati ini mencintainya. Diri ini letih mengejarnya. Ya Allah, tidak adakah langsung walau secebis hatinya untuk diriku? Aku diberikan tempoh masa sebulan untuk bersedia mencari calon yang sesuai untuk membina keluarga muslim denganku. Mampukah nanti hati ini melupai dirinya? Tidak adil jika datang seorang lelaki yang baik agamanya, soleh, dan sempurna melamarku, tapi hati ini masih di miliki oleh insan lain. Hanya doa yang mampu aku panjatkan pada Allah, jika benar dia jodohku, terbaik untuk urusan agamaku, duniaku, dan akhiratku, kau jodohkan dia untuk ku. Jika benar aku jodohnya, terbaik untuk urusan agamanya, dunianya dan akhiratnya, jodohkan aku untuknya. Moga Engkau satukan hati ini sebelum berakhir tempoh masa ini dan sebelum kehadiran insan lain dalam hidup ini.
Bagaimana untuk aku salahkan diriku kerana jatuh cinta pada dirinya? Dia hadir dalam mimpi isthikarah ku, saat aku menyukai orang lain. Sedangkan aku tidak terlalu mengenalinya. Namanya pun aku tertukar dengan nama sahabat baiknya. Ketika itu aku menafikan dia dalam mimpiku. Tapi bila hari-hari ku seterusnya sentiasa bersama dengannya.  Sentiasa ada dia dalam gerak kerja dakwah ku. Sentiasa ada dia takkala program-program majlis ilmu. Sentiasa ada dia membantuku melunaskan sebahagian tanggungjawabku dalam amanah jawatanku. Ada rasa cinta yang berputik di hati. Mungkin aku tertarik dengan agamanya. Tidak pernah mengeluh letih. Tidak pernah berdalih dan mencari alasan untuk membantu gerak kerja. Sentiasa ada membantuku. Ilmu dan kelebihan dirinya sangat istimewa buatku, jika sama2 dapat bergerak kerja menyebarkan dakwah islam di luar. Ku zahirkan rasa cinta ku pada dirinya. Hati ku punah bila mana, dia katakan ada insan istimewa di hatinya. Tidak elok diri ini menangis kerana mengingati lelaki. Ku capai Al-Quran pengubat setiap penyakit. Hatiku sangat sakit, aku jua insan biasa. Ku belik Al-Quran. Aku tanya pada diriku jua Allah, “ Ya Allah, perlukah aku tunggu insan dalam isthikarahku? Atau aku lepaskan dia pergi berlalu?” ku lihat jam di dinding jam 10.20 pagi. Ku lihat surah kesepuluh suah yunus ayat 20. katakanlah, ”sungguh, segala yang gaib itu hanya milik Allah; sebab itu tunggu (sajalah) olehmu. Ketahuilah aku jua menunggu bersamamu.” Aku yakin dengan kalam Allah. Ayat khas untukku untuk terus menunggu.
Menanti segala yang tidak pasti, sering mengundang pedih di hati. Ku belik lagi al-quran pada hari dan ketika yang lain. Ku lihat jam di dinding jam 6.59 petang. Menanti saat iftar di masjid. Ku lihat surah ke enam al-an’am ayat ke 59. Hebatnya Allah, kiriman kata-kata untuk ku sambungan untuk soalanku dan jawapanku sebelum ini. “ Dan kunci-kunci semua yang gaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula ssuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz).”
Pada ketika yang lain, Allah kirimkan bait-bait cinta yang buatkan air mataku jatuh berderai membasahi pipi. Hebatnya Dia mengetahui isi hati setiap hambanya. “bersabarlah sampai Allah menetapkan keputusan diantara kita. Sesungguhnya akulah hakim terbaik”. Banyak lagi ayatnya-ayatnya untukku. Kata Nya jangan ragu. Dia (Allah) tahu setiap rahsia hati hambanya. Ya Allah, berikan aku kesabaran dan kekuatan dalam menanti keajaibanMu. Moga-moga ada keberkatan dalam penantian ini. Moga ada yang terbaik untuk ku. Hanya redhamu yang aku cari Ya Allah.
      

Sunday 11 November 2012

SEMANIS KURMA - KELUARGA BAHAGIA


                    Semanis Kurma bersama Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) 8/11/2012 

Keluarga bahagia  adalah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.Keluarga yang diberikan ketenangan, kasih sayang dan ada belas kasihan.

Cnth: suami penat2 bekerja dan anak2 penat pulang dari sekolah, ada isteri.ibu yang tersenyum menyambut suami dan anak2 di muka pintu *noted (kat mane kita kelak adakah masih di pejabat? Kwsn pembinaan? Makmal perubatan? @ kat mana?)

Asas-asas membina sebuah keluarga bahagia?

Aqidah, Syariah dan Akhlak…

Aqidah sebagai nadi.

Carilah pasangan hidup yang sentiasa mengingati Allah dan beribadat kepada Allah. Pilihlah pasangan hidup yang boleh membimbing kita kejalan cinta yang diredhai.

Pentadbiran keluarga adalah peranan setiap ahli keluarga dalam membina sebuah keluarga bahagia..

Cnth: ibu bapa menitik beratkan soal halal dan haram sebagai contoh makanan dan minuman yang akan jd darah daging pasangan jua anak2.

Akhlak islami, ibu bapa mejadi contoh ikutan terbaik untuk anak2. 

Q & A

      *   Bagaimana nak sampaikan dakwah kepada ibu bapa?

 

Kaji sirah “kisah Hassan dan Husein semasa ambil wuduk. Menyampaikan dakwah secara berhemah kepada pak cik tua”.

1)       Kenal mad’u- mudah x nak kenal.

3 jenis mad’u

-          senang menerima dan  mendengar

-          acuh tak acuh (sambil lewa)

-          langsung tak nak dengar

 

2)       rangka strategi (biar terpengaruh)

-          sebelum nak dakwah mak ayah, anak2 kena ikut cakap mak ayah dulu

-          betul2 beriman kepada Allh s.w.t jadikan diri kita ni anak yang mula2 mak ayah akan cari.

-          Jadikan diri kita teman yang boleh dikongsi perasaan, pendengar setia dan segala-galanya bila bersama mak n ayah(sharing is caring).

 

*        Apa cara terbaik didik anak-anak (kasar@ lembut)?

-          Mak ayah kena pandai kawal anak2. Cnth: pengunaan internet, FB dan sebagainya tidak boleh dihalang tapi boleh dikawal.

-          Didik anak2 dengan high expectation yang tinggi.letakkan mind setting yg kita nak lahirkan dan didik anak2 menjadi Khalifah pemimpin.

-          Cnth : Jangan pernah rasa anak2 xleh focus belajar di sekolah kerana ibubapa gerakkan anak2 untuk solat subuh berjemaah di masjid. Yakin dan percayalsh

“ Kita jaga Allah. Allah akan  jaga kita”

*        Suami@ Isteri @ anak- anak tak nak berubah ?

 

Kaji sirah “ kisah Nabi Lud dan Nabi Nuh” mendidik merayu anak dan isteri untuk beriman kepada Allah dan Rasul. Tapi masih tidak beriman. Meskipun siapalah kita dibanding kita dan nabi tapi jangan pernah untuk kita mengalah…

 

Doalah, bangunlah 1/3 malam..kerjakanlah tahajud..sujud, merayu ,menangis dan pohonlah pada Allah s.w.t dengan sepenuh keyakinan, dan kepercayaan agar Allah bantu ahli keluarga kita untuk berubah... sesungguhnya Allah pemilik hati-hati kita…

 

Kesimpulannya :

Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Wujudkan nur cahaya dalam keluarga . jauhkan diri dan ahli keluarga dari mngeluarkan kata2 yang kesat. Anak –anak jangan salahkan mak dan ayah untuk memulakan sesuatu perubahan kearah kebaikan. Jangan terjun dalam kejahatan, jika orang lain melakukan kejahatan.

 

Imam Hassan Al-Banna mengatakan:

Generasi di masa hadapan memerlukan 3 perkara :

*        persekitaran yang terbaik

*        ibubapa contoh ikutan terbaik

*        modul terbaik

Thursday 16 August 2012

SISA-SISA HIDUP


Sepanjang Ramadhan tahun ini, aku berpuasa diperantauan. Bukan sebab belajar di universiti, tapi sebagai pelajar praktikal di sebuah kawasan pembinaan nun jauh di utara tanah air. Tempat dimana aku mula-mula berubah, mengenal erti hidup yang sebenar. Di sini aku jumpa pelbagai jenis ragam manusia. Ingin ku kongsikan kisah seorang nenek. Acap kali aku bersembang dengannya pasti air mata ku bertakung, tapi aku sekat air mata tersebut. Aku tak mahu menangis didepannya. Jika aku yang mendengar kisah hidupnya merasa sedih, pasti dia yang mengharungi detik-detik sisa hidup di dunia beribu kali ganti jauh lebih sedih dari diriku.

Aku luangkan masa hampir seminggu berbuka dengannya bersama-sama keluarga rumah sewa ku. Meskipun hanya sekitar antara masuk waktu maghrib sehingga hampir pukul 8 malam, aku harapkan sedikit sebanyak aku mampu mengembirakan hatinya. Seorang nenek tua lingkungan umur 84 tahun. Duduk seorang diri di depan rumah sewa ku. Hari ini aku berbuka bersamanya. Cuma ada aku, nenek dan sahabat praktikal ku. Nenek sempat mmberikan kami doa dan ayat-ayat suci al-quran perlindung diri dari syaitan. Nenek kata,”akhir zaman, banyak betul orang dengki dekat orang lain”. Rinduku kepada arwah embah wedok (nenek) ku terubat bilamana melihat nenek ini. Meskipun sudah 5 tahun embah ku meninggal dunia, tapi aku tetap merasakan dia ada disisiku. Dulu aku selalu luahkan segala isi hati ku pada arwah embah. Kadang-kadang embah lebih tahu tentang diriku melebihi emakku sendiri. Aku sayang sangat dengan embah wedok, meskipun segelintir cucu yang lain tidak suka melayan kerenah orang tua. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan, sepanjang lebih 8 tahun arwah embah masuk keluar hospital, hanya aku yang menjaganya. Sehingga saat-saat terakhirnya, embah merajuk denganku, masakkan tidak embah masuk wad semasa hari raya. Masam muka nya sewaktu aku melawat. Anak sulung, aku ada tanggungjawab yang besar di rumah. Berbagai ragam embah wedokku sehinggakan nak bancuh air kopi setengah cawan pun ada level gula, kopi dan air paras mana. Kalau tak jadi, reject, tak nak minum. Itulah perangai manusia yang meningkat umur, dia akan kembali ke zaman kanak-kanak. Sabarlah menjaga ibubapa, pasti pahala Allah berganda untuk kita.

Nenek depan rumah sewa ku dari segi kesihatan lebih elok berbanding arwah nenekku. Tapi itu dari segi pandangan ku yang baru mengenalnya hampir sebulan. Dikesempatan waktu yang ada, aku dan sahabatku cuba bertanya sebanyak mungkin perihal dirinya. Alhamdulillah, mungkin kerana hanya bertiga, nenek luahkan sedikit sebanyak tentang dirinya. “Nenek terpaksa pergi pondok atau rumah orang tua, nenek tak nak menyusahkan orang.”

Aku cuba bertanya, “ kenapa nenek tak nak duduk rumah anak-anak nenek?”

“Nenek tak nak menyusahkan mereka. Mereka ada keluarga mereka. Rumah cukup-cukup untuk keluarga mereka. Ada menantu yang suka kat nenek dan ada juga yang tak suka kat nenek. Dah nasib nenek. Sekarang waktu nenek. Lepas ni, waktu anak-anak nenek bila mereka dah tua.”

Sedihnya hati mendengar luahan seorang ibu. Perpatah ada mengatakan seorang ibu mampu melahirkan, mendidik dan membesarkan 10 orang anak, tapi 10 orang anak tak semestinya menjaga seorang ibu. Setiap tahun, persiapan raya nenek, hanya nenek seorang diri yang masa. Dengan kudrat yang masih ada, neneklah yang buat ketupat, rending, lauk, nasi dan sebagainya. Anak-anak akan datang malam raya, dan kebanyakkan hanya datang hari raya pertama, dan sebelah petangnya pulang ke rumah masing-masing. Nenek kata, “ kalau nenek tak masak, cucu nenek datang nak jamu makanan apa. Nanti nenek jugak yang lapar.”

            Wahai diriku jua sahabat-sahabatku yang lain, yang masih belum berumahtangga, atau akan berumah tangga atau yang telah mendirikan masjid. Ingatlah sayang, syurga kita disisi suami kita. Dan syurga suami kita, dibawah telapak kaki ibunya. Bantulah suami kita menjadi anak yang soleh. Lelaki yang menghormati dan mentaati kedua orang tua. Dan nasihat buat kaum adam. Sentiasalah bertoleransi dengan isterimu. Meskipun engkau berkuasa terhadap isterimu, tapi berilah peluang dan kesempatan waktu yang ada untuk serikandimu bersama dan berbakti untuk ibubapa nya. Tanpa ibubapa mertuamu, pasti tidak lahir dan terdidik jodohmu, teman di dunia jua di syurgamu…

Sunday 29 July 2012

WARKAH UNTUK ADIK-ADIKKU=)


Assalamualaikum adikku =)

Akak sayangkan kamu kerana Allah s.w.t. tapi sesungguhnya sayang Allah terhadap kamu lebih dari akak sayang pada kamu, lebih dari mak dan ayah sayangkan kamu, lebih dari semua kasih manusia yang ada di bumi ini kepada kamu. Pernah satu ketika, seorang ibu kehilangan anak bayi nya. Dia mencari-cari anaknya. Apabila sudah di jumpai, ibu ini terus menyusukan anaknya. Jika ibu ini disuruh mencampakkan bayi nya dalam api, pasti dia tidak sanggup. Ketahuilah adikku, Allah lebih tak sanggup nak campakkan hambaNya ke dalam api neraka. Allah sangat sayangkan kita. Tengoklah nikmat Allah yang banyak untuk kita. Makan minum cukup, rumah kereta ada, nikmat anggota badan, nikmat bernafas dan segala2nya. Kenapa kita tak hadirkan rasa kasih dan sayang kita buat sang Pencipta. Allah yang ciptakan kita. Adik masih belum terlambat untuk kita berubah. Kita hidup tak lama. Kitatak tau bila hidup dan mati kita. Tengoklah berapa ramai orang yang ada dikeliling kita meninggalkan kita bertemu dengan Allah. Usia bukan penentuan kematian kita. Ada yang muda jua turut mati. Sakit bukan penentu mati kita, ada yang sihat jua meninggal. Syarat mati adalah setiap benda yang hidup dan bernyawa akan mati.
Dirikan solat, sesungguhnya setiap apa yang Allah suruh ada hikmahnya. Dosa meninggalkan solat secara sengaja adalah dosa paling besar. Lebih besar dari dosa besar berzina 1000 kali. Sambutlah huluran tangan akak, jom sama-sama kita perbaiki diri kita. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat. Allah sangat rindukan suaraMu. Rintihan tangis seorang hamba. Janganlah kita terlampau ego. Kita bukan sapa2 di dunia ini. Kita hanyalah hambaNya yang hina dan lemah. Allah lebih kenal kita dari diri kita sendiri. Jika hati kita tak mampu menangis mengingati Allah, bacalah al-quran, jika hati kita masih tak mampu mengingati Allah, solat ah berkata-kata dengan Allah, ingatlah kematian,  jika tak mohonlah Allah gantikan kita dengan hati yang baru.


Hari ini, kita belajar perkara paling asas ya. Tentang wuduk, agar kita dapat bersihkan diri kdan jiwa kita. Akak sediakan panerangan hikmah kita disuruh berwuduk agar diriMu lebih yakin kepada Allah s.w.t.

Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu  berwuduksebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihandan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia
mengandungi  hikmah lain yang memberi makna mendalam.

Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah  kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: “Mandi dan  wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan  sebarang kekotoran yang diperoleh,antaranya yang disebabkan jimak.” Justeru,  wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata  pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk  dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentuyang dikenali sebagai ‘Kawasan Aktif Biologi’.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf  dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan  seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika  berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ  lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita  membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi  memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.

Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui iamenyihatkan  kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah!  Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam  manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan  kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.

Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau  ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk  membina jiwa yang suci.

Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti  menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat  berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun,  apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu  hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan  seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian  menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak  keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat  bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan mesti membasahi muka.

Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu  pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: “Allah tidak akan  menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka
berubatlah.” (Hadis riwayat  Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian  selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya  sembuh.

Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan  apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah  begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, “Mengapakah tiba-tiba sahaja  matamu menjadi baik? Jawab Junaid: “Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan  mataku.’ Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk  Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: “Itu adalah ubat dari  Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia  jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya.” Dengan
berkat  berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit.  Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada  manusia.” “Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan  bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan  basuhan wuduknya, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



Wednesday 11 July 2012

FIRST DAY, FIRST JOURNEY










Monday 25 June 2012

Apa yang terbaik untuk saya???



Serba salah hati ini, bila dengar suara di hujung talian... suara, kata2 dan nada rindu pada diri yang kerdil ini..tapi besarnye nilai saya buat dirinya.. Mak, maafkan akak... Ayah, maafkan akak...



akak tau mak rindukan akak...



maafkan akak, akak tak tolong mak di rumah...



moga Allah akan sentiasa jaga mak dan ayah setiap saat, setiap waktu...



bila di kira2, hidup akak 23 tahun ni, 11 tahun akak jauh dari mak... mesti mak rindu zaman kecik2 anak mak kan??? setiap saat anak2 mak ade di sisi...



Teringat masa minum petang tahun lepas, pernah mak luahkan kata hati... "nanti mesti rumah ni sunyi, akak ikut suami, syakir duk KL, ijat dan wani pun duk jauh dan adik pun duk asrama. Semua akan jauh dari mak dan ayah... mesti mak akan ternanti -nanti... "



Sebaknye hati ini... ^^:



Ya Allah, hadirkan kesempatan waktu buat ku untuk membahagiakan mak, ayah jua adik-adikku...





Ya Allah bantulah diri ini merancang kehidupan duniawi.. moga ia adalah Terbaikkk dan barakahmu sentiasa mengiringi diri ini.. di dunia jua di akhirat....

Salam Perkenalan

Selamat Datang ke Blog Saya..


Nantikan post saya akan datang..


Selamat Berkenalan.. ^_^